MAJLIS PELANCARAN BUKU “Filming In Malaysia Guidebook” & Garis Panduan PUSPAL Cetakan Ke-5

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) melalui Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan prosedur piawaian standard bagi sektor industri kreatif dalam usaha memperkasakan aktiviti penggambaran filem dan persembahan.
Ketua Setiausaha K-KOMM merangkap Pengerusi Jawatankuasa PUSPAL, YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek pada 16/11/2022 telah melancarkan buku bertajuk ‘Filming in Malaysia Guidebook‘ serta Garis Panduan PUSPAL (cetakan kelima) yang telah dikemaskini lebih bersesuaian mengikut situasi semasa dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi perfileman asing dan penganjuran persembahan konsert Artis Luar Negara.
PUSPAL dengan kerjasama pelbagai agensi telah mengambil inisiatif menghasilkan kompilasi buku panduan lengkap berkaitan proses dan prosedur untuk menjalankan penggambaran asing di Malaysia, infrastruktur dan fasiliti yang disediakan serta insentif yang ditawarkan kepada produksi-produksi luar negara.
Seramai lebih kurang 300 penggiat industri telah hadir ke sesi MBI yang telah diadakan di panggung bertaraf dunia ini iaitu di Istana Budaya bagi menyaksikan pelancaran kedua-dua dokumen rujukan ini. Di samping itu, turut diadakan sesi berdialog AJK – PUSPAL bersama industri bagi memperjelaskan beberapa tatacara dan proses permohonan yang berubah serta dasar-dasar semasa berkaitan dengan PUSPAL.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) K-KOMM, Puan Mastura binti Ahmad Mustafa; Ketua Pengarah Istana Budaya, Puan Zubaidah binti Mokhtar; Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim dan Ketua Unit PUSPAL, Puan Siti Syafiah Noryana binti Mohd Nor.
#KKOMM
#PUSPAL
#IndustriKreatifMalaysia
Leave a Reply